Kadang Bila Ada Barang Baek, Rasa Macam Nak Enter The Market Guna Pengiklanan Google. Tambahan Pulak Tengok Carian Dia Di Google Sampai 40,000 Carian Sebulan Mahu Tak Buntang Biji Mata…

Tapi bila dah try buat iklan Google selama sebulan, tak profit pulak. Pernah kena?

Lepas Tu Back To Basic Semula, Main SEO Yang Ambil Masa Dan Tak Keluar Sesen Pun Kos Iklan

Seriously! Abam pun kadang gatal juga tak boleh sabar. Nak cepat – cepat rank. Rank cara iklan, dah tentu caranya kena bayar. Bukan sikit RM6 1 klik. Lepas dah optimize sampai 8-9 quality score dapatlah pengurangan kepada RM2 1 klik. Still sangat mahal.

Sebabnya quality score pada pengiklanan Google Adwords hanya berkenaan relevency content dengan search term. Yang mana “Game” dia, anda mesti sediakan content yang targeted dengan apa yang dicari pelanggan dan disesuaikan pada penulisan iklan.

Rumit sangat kerjanya bila main iklan ni…

Tapi “Nature” Pencari Maklumat Di Google Juga Anda Kena Tahu… Lagi – lagi sebagai Blogger Yang Bergantung Harap Trafik Dari Google

Terdapat 3 Jenis Pelawat Dari Google

  • 90% Cold Traffic Iaitu Mereka Yang Tidak Suka Di Ajak Membeli, Mereka Hanya Mencari Maklumat Percuma
  • 7% Warm Traffic Iaitu Pelawat Yang Dah Sebelah Kaki Nak Membeli Cuma Sedang Membeza – Bezakan Produk A dan Produk B
  • 3% Hot Traffic Iaitu Pelawat Yang Memang Dah Sedia Nak Beli Sesuatu Produk Atau Brand.

Malangnya.. Tidak Semua Jenis Carian Ini Akan Muncul Website WordPress Anda.. Ini Kerana, Google Menyesuaikan Carian Pelawat Berdasarkan Jenis Website.

Website yang menggunakan WordPress akan dikenali sebagai BLOG oleh Google. Yang mana, website jenis Blog tidak boleh Rank bagi Hot Traffik. Ia Boleh Rank sekiranya ia mempunyai fungsi yang sama seperti website yang secara natural dipilih oleh Google.

Sebagai contoh, carian Nama Produk akan membawa kepada laman Shopping seperti Lazada, 11street, Amazon, Ebay dan yang seangkatan dengannya. Di laman ini, mereka mempunyai banyak seller yang menawarkan harga terendah yang boleh dipilih pelanggan. Pandangan Google jika blog, ia lebih sebagai Ejen Pemasaran dan Penjual Sebenar adalah di laman shopping seperti ini.

Jika anda adalah Pemilik Produk, anda boleh rank bagi carian nama produk anda seangkatan dengan Lazada dan sebagainya. Kerana anda HQ. Kalau ejen Dropship anda yang buat blog, mereka susah nak rank bagi carian nama produk. Sedangkan, disinilah pelanggan yang dah ready nak beli.

Tapi Google Tidaklah Kejam.. Website Jenis WordPress Masih Boleh Rank Bagi Keyword Yang Datang Dari Cold Dan Warm Traffic. Itu Cover 97% Pelawat Dari Google. Dan Walaupun Tidak Membeli, Tetapi Mereka Ini Sangat Target.

Untuk Blog, Nama Produk Is Nothing!

Sebabnya Google Hanya Senaraikan Shopping Site Dan HQ Sahaja Bagi Carian Nama Produk.. Tetapi 97% Jenis Cold & Warm Traffic Masih Dipunyai Oleh Website Jenis Blog. Jadi Berikut Adalah Cara Kerja Dengan Blog..

  • Buat Blog Yang Target Masalah Pelanggan
  • Bila Pelanggan Nampak Masalah Mereka Boleh Diselesaikan
  • Harga Jatuh No #2 Bila Pelanggan Mula Faham Dengan Produk/Solusi
  • Disini Bagaimana Jualan Terhasil

Kerana itu saya nyatakan, penggunaan blog adalah sangat targeted

Dibawah Ini Adalah Proses Bagaimana Cara Buat Keyword Research Untuk Di Convertkan Pelawat Yang Tidak Membeli Ini Menjadi Pelanggan.

Langkah 1 : Saya akan mulakan dengan carian am tentang “masalah” yang diselesaikan oleh produk saya. Produk yang saya jual ini, boleh menyelesaikan masalah rabun. Jadi saya buat carian am berkaitan dengan penyakit rabun.

Langkah 2 : Dari sini saya dapati carian perkataan “rabun” cuma ada 390 carian sebulan. Saya juga dapati, terdapat banyak penyakit mata yang lebih banyak carian yang boleh di target..

Langkah 3 : Saya klik pada menu search, dan ia akan letakkan keyword yang paling banyak carian. Saya lihat keyword “sakit mata” adalah carian terbanyak dalam katogeri masalah pelanggan. Tetapi ini adalah masalah yang ramai akan terus pergi jumpa doktor. Ubat sakit mata juga boleh dibeli pada harga RM8 di farmasi. Sedangkan saya menjual produk berharga RM100 yang dihantar secara pos.

Jelas sekali sakit mata tidak boleh dijadikan niche utama buat masa ini. Namun jika saya nak juga rank bagi carian sakit mata, hal itu tidak menjadi masalah dan boleh dilakukan penyenaraian masalah – masalah mata yang boleh diselesaikan oleh produk ini.

Penkhususan Produk

Untuk pengetahuan produk yang saya jual merupakan vitamin yang baik untuk fungsi mata, hidung, telinga, tekak dan peparu. Akan tetapi saya pilih penggunaan “Niche” iaitu dengan mengkhususkan kepada masalah berkaitan mata sahaja.

Nampak macam rugi kerana saya kecilkan jumlah pelanggan. Tapi pada pandangan pelanggan, jika 1 produk boleh selesaikan banyak masalah itu lebih pelik dan buat mereka was – was untuk beli.

Sebaliknya bila fokus pada satu masalah besar seperti mata, yang mana ia masih ada banyak pecahan masalah mata yang boleh dibantu.

Bila saya lihat pada masalah mata. Solusi diluar lebih mahal dari apa yang saya tawarkan, maka ada peluang baik disitu. Masalah mata perlu jumpa doktor pakar. Kos dan rawatan mata mencecah ribuan ringgit. Alternatif lain seperti cermin mata buat pesakit terikat dengan kaca mata seumur hidup.

Jadi anda kena lihat aspek seperti ini. Solusi anda perlulah lebih baik dan murah berbanding solusi luar. Barulah sebab “logic” anda dapat menawan hati pelawat untuk beli. Dan satu lagi aspek yang wajib ada pada produk anda. Ia mestilah benar – benar berkesan seperti yang di tulis dalam blog.

Langkah 4 : Seterusnya saya beralih kepada keyword masalah atau penyakit yang lain pula. Antaranya adalah katarak, rabun jauh, rabun dekat, rabun silau dan selaput mata.

Pada gambar di bawah, saya telah ulangi langkah ini pada keyword lain dan terakhir dalam 5 masalah mata di bawah. Carian untuk “selaput mata” adalah paling mudah nak rank.

Bagaimana Saya Tahu Mudah Untuk Rank?

Langkah 5 : Saya perlu klik pada menu “Autocomplete” yang mana, ia akan carikan keyword berekor. Keyword berekor ni dia ada perkataan lain sebelum dan selepas keyword yang dicari.

Langkah 6 : Saya klik satu persatu tanda Kanta (bulatan biru) untuk software ini melihat dan menganalisa website – website yang rank pada 1st page Google bagi setiap carian. Selepas membuat pengiraan, ia akan keluar pada kolum KD iaitu bermaksud “Keyword Difficulty” dalam bentuk nombor. Lebih rendah nombor ini lebih baik.

Untuk kiraan 39 kebawah, ia diklasifikasikan sebagai mudah. Untuk newbie, saya suggest anda bermain seo dengan angka 30 kebawah. Ianya lebih mudah dicapai dan tidak ambil masa terlalu lama untuk rank.

Langkah 7 : Saya klik pada menu KD untuk susun angka yang paling susah hingga paling senang nak rank. Disini saya dapati, keyword utama carian saya ini merupakan keyword yang paling banyak carian dan juga paling mudah nak rank.

Dari Sini Saya Tahu Keyword Paling Mudah Untuk Rank Bagi Membolehkan Keyword Utama Yang Biasanya Banyak Carian Dan Lebih Susah Untuk Di “Push Up” Ke 1st Page Google

Untuk pengetahuan anda, perkongsian saya ini merupakan sebuah Cased Study yang dah di buat 8 bulan yang lepas. Didalam Cased Study ini, saya telah rankkan sebuah Website WordPress ini dengan keyword berkaitan selaput mata SAHAJA dan hasilnya sebanyak 100 keyword carian RANK DI MUKA PERTAMA Google.

Berminat Nak Tengok Hasil Cased Study Ini?

Ini Merupakan Cased Study Sebenar Cara Untuk Rank Di Google Tanpa Sebarang Iklan