Berita Baik! Anda Layak Mendapat Penjimatan RM120 + RM100 Dari Yuran Kelas WPWC Sekiranya Anda Ambil Juga Kelas SEO Dan Email Marketing Pada Ahad Esoknya!

Jika WPWC Adalah Kelas Bina Website, Kelas SEO Dan Email Marketing Adalah Kelas Pemasaran Online Untuk Website Anda

Apakah Kelas SEO

Dan Email Marketing?

Ramai Orang Berfikiran, Apabila Mereka Mempunyai Website, Esok Pelanggan Dia Dah 1000 Orang!

Hakikat Sebenar, apabila anda mempunyai website, anda masih perlu buat pemasaran pula. Proses buat website umpama buat kedai. Dalam Kelas WPWC anda dah belajar nak letak papan tanda kedai, dah pasang perabot dan juga siap untuk menerima pelanggan.

Akan tetapi, apabila anda berniaga, ada perkara yang sering dilupakan iaitu PROMOSI. Akhirnya, lepas 1 tahun. Nama domain dan hosting anda dah expired tapi anda masih belum hasilkan pendapatan. Puncanya kerana tiada promosi atau cara promosi sedia ada tidak berkesan.

Mahukah Anda Belajar Cara Promosi Kos Rendah Dan Pulangan Tinggi?

Dilema Newbie

Selama ini kita sering dimomokkan tentang cara buat duit dengan menggunakan iklan sebagai cara paling mudah untuk nak dapatkan pelanggan. Bagi peniaga baru, mereka tiada pilihan selain berhabis dan akhirnya kecundang. Ini kerana apabila anda masuk dalam bidang perniagaan dan didedahkan dengan perkara ADVANCED, sering kali orang baru akan kecundang!

Mudah Kata, Ilmu Dan Pengalaman Perlulah Seiring Untuk Berjaya

Hakikat tentang para penjual yang berjaya buat duit dengan menjual sesuatu, biasanya bukanlah perkara mudah. Menjual adalah perkara susah.

Tapi Bagaimana Mereka Dapat Lakukan?

Kerana mereka ada “Pengalaman Berniaga”

Mereka dah tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam perniagaan.

Mereka dah tahu, gambar yang macam mana berkesan menjual dan gambar yang bagaimana yang tidak akan berkesan.

Mereka juga ada teknik, untuk buat mata pelawat jadi tertumpu pada iklan.

Bila ianya ilmu iklan, anda kena Praktis selalu, kena testing pun guna wang sebenar. Jadi anda perlu rugi dahulu untuk nak dapat iklan yang hasilkan pulangan. Ini pastinya bukan pilih yang wajar untuk pemain baru.

Sebenarnya Ada Je Cara Percuma Atau Kos Rendah Yang Bersesuaian Untuk Newbie

Cara SEO Marketing

SEO bermaksud Search Engine Optimization atau dalam Bahasa Melayu sebagai mewujudkan laman web yang mesra Google.

Dengan Gunakan SEO, Ia Akan Tarik Pelanggan Ke Website Anda

Dengan penghasilan artikel yang mesra seo, website anda boleh ranking di muka pertama Google berdasarkan keyword carian yang anda target. Perkara ini tidak sukar untuk dilakukan kerana anda akan diajar banyak perkara tentang cara membuat promosi dengan blog seo.

Setiap Website WordPress juga dilengkapi dengan fungsi blog. Anda akan belajar gunakan fungsi blog untuk mendapatkan ranking tertinggi dengan Google. Dengan cara ini, anda tidak terbeban dengan kos pengiklanan setiap bulan. Yang ada untung sahaja.

Berikut Adalah Modul Kelas Yang Akan Anda Pelajari

Modul 1 & 2

  • Pengenalan Jenis Keyword
  • Pengenalan Niche Site
  • Pengenalan Jenis Pelanggan
  • Keyword Tools
  • Cara Buat Kajian Keyword

Modul Pertama dan Kedua adalah perkara yang sangat penting dan diletakkan diatas. Anda akan belajar kenali keyword yang blog boleh target dan ada juga keyword yang anda tak boleh target.

Selain itu anda akan belajar kenali jenis website atau niche website. Dan anda akan mengenali jenis pelawat yang datang ke website kita melalui keyword. Ada cold, warm dan hot keyword.

Terakhir adalah cara menentukan niche website anda dengan membuat kajian keyword. Dengan adanya tools yang sesuai, kerja mencari niche keyword menjadi lebih mudah.

Modul 3 & 4

  • Setting SEO bagi blog baru
  • Themes
  • Plugins
  • Google Analytics
  • Google Search Console
  • Goal Setting

Dalam Modul ke 3, anda akan belajar tentang elemen-elemen yang diguna untuk cantikkan blog dengan menggunakan fungsi theme dan plugin. Kemudian didalam Modul ke 4 pula, anda akan belajar perihal tracking supaya anda boleh ketahui dari mana pelawat anda datang dan goal setting adalah cara memasang tracking untuk analytics.

Modul 5 & 6

  • Interaksi Google Dengan Artikel Anda
  • Format Menulis Artikel Yang Lengkap SEO LSI
  • Google Sandbox Dan Faktor Ranking

Modul ke 5 saya ajak anda memahami interaksi Google dengan content yang dihasilkan dengan faktor ranking. Kemudian anda akan di ajar tentang format penulisan artikel yang lengkap seo.

Modul 6 pula anda akan belajar tentang Google Sandbox bagi nama domain yang masih baru. Dengan kata lain website yang baru dibeli, takkan ranking tinggi dalam tempoh 100 hari pertama.

Modul 7 & 8

  • Oneway Link
  • Link Wheel
  • Link Pyramid
  • LSI Keyword Dalam Artikel
  • Internal Linking Dalam Artikel

Google menyukai jika sesuatu content itu menggunakan banyak linking didalam artikel. Ini akan membantu Google mengetahui tahap releven sesuatu link yang diletakkan. Dalam modul 7 anda akan belajar format dan bagaimana kedudukan linking yang disukai Google  dan bantu website anda ranking.

Didalam Modul 8 pula anda akan melihat contoh artikel yang telah siap format LSI dan Linking yang perlu disekalikan didalam penulisan artikel.

Modul 9 & 10

  • Backlink Untuk Blog Baru
  • Backlink Untuk Blog Lama
  • Bina Google Sitelinks
  • Latihan Buyer Persona
  • Signup
  • Create List
  • Create Email Follow Up
  • Pasang Opt-in Form Di Blog

Dalam modul ke 9 yang merupakan modul terakhir kelas seo, ia akan menyentuh teknik – teknik buat backlink yang berkesan dan juga tempat membeli backlink. Backlink adalah bentuk linking dari luar website kita. Ia bantu tingkatkan DA dan ranking di Google.

Dalam modul 10 pula, anda akan belajar email marketing. Iaitu cara untuk setup email follow up yang akan membuat kerja pujuk dan beri kesedaran kepada pelanggan sehingga mereka lihat masalah mereka boleh diselesaikan dan akhirnya pelanggan minat membeli.

Anda Juga Akan Belajar Cara Set Autoresponder

Email Autoresponder merupakan cara untuk menangkap dan menyimpan database pelawat. Anda akan belajar untuk setup opt-in form supaya mudah kita collect senarai email pelawat. Jika dengan seo kita panggil pelawat dari Google ke website kita, dengan email pula, proses close sale dilakukan.

Sebenarnya pada kali pertama pelawat masuk ke website, mereka TAKKAN terus membeli. Kebiasaannya, pelawat akan melawat lebih 3 kali sebelum mereka decide untuk membeli. Mereka akan cari pelbagai perkara untuk pastikan produk yang ingin dibeli itu, akan dapat selesaikan masalah mereka.

Dengan kata lain

  • Mereka survey website yang ada jual produk yang ingin mereka beli
  • Setelah kenalpasti website anda ada menjual, mereka akan “survey” perkara lain didalam website anda.
  • Seperti cara hubungi penjual, cara menggunakan produk, testimoni, kesan sampingan dan pelbagai lagi.
  • Ini adalah antara perkara yang sering di cari pelawat dalam website anda, punca mereka kerap datang tetapi tidak membeli.
  • Anda boleh mudahkan perkara ini, dengan mudahkan pelawat daftar di email.
  • Didalam email autoresponder, anda boleh set beberapa senarai email akan dihantar kepada pelanggan yang daftar.
  • Ia dipanggil email follow up
  • Dalam email follow up, anda akan leraikan kekusutan dan ajak mereka baca perkara – perkara seperti testimoni, cara guna, cara beli dan pelbagai lagi tips sehingga mereka berminat untuk membeli.

Dengan Email Marketing, Perniagaan Anda Nampak Professional

Dengan Email Marketing, anda mengatur jejak pelawat supaya datang ke website anda berulang-kali dan biasakan diri mereka dengan website anda. Lama kelamaan, apabila sudah ada kepercayaan terhadap bisnes anda, mereka akan membeli pula.

Proses ini mudah dan tidak rumit seandainya anda tahu lakukan sendiri. Proses jualan akan berlaku dengan sendirinya apabila anda berjaya yakinkan pelanggan tentang solusi dari bisnes anda.

Kelas SEO Dan Email Marketing Wajib Jika Nak Buat Jualan Autopilot

Mungkin sekian lama anda mencari cara membuat jualan secara autopilot. Apabila pelanggan faham dengan solusi yang anda bawakan, mereka tiada halangan untuk membeli. Dan ini adalah cara yang cukup berkesan untuk convertkan subscriber kepada pelanggan. Semuanya akan di ajar oleh Azham Zanal dalam kelas hari kedua.

Pengajar Kelas

Azham Zanal – Internet Marketer – Pakar SEO – Business Owner

Azham Zanal telah berkecimpung didalam bidang IM sekitar 11 tahun dan telah melakukannya secara sepenuh masa sejak 9 tahun yang lalu. Telah bantu banyak syarikat ternama untuk tingkatkan jualan dengan SEO, antaranya OrderSini, TH Properties dan banyak lagi.

Detail Kelas

Lokasi

Kelas akan diadakan di Bangi Resort Hotel (Nama lama Bangi Putrajaya Hotel) terletak di Bandar Baru Bangi

Tarikh Dan Masa

Tarikh : 18 Nov 2018
Masa : 9 pagi – 6 petang

Makanan Disediakan

Makanan Disediakan

  • Minum Pagi
  • Makan Tengah Hari
  • Minum Petang

Bilik Seminar

Bilik Seminar Dahlia – Bersih Dan Selesa

Harga Kelas

Harga Kelas SEO sahaja kebiasaan adalah mencecah ribuan ringgit. Kelas Email Marketing juga tidak kurang hebatnya. Ada Sifu yang mengenakan harga sekitar RM5,000 untuk belajar ilmu email marketing. Namun ini merupakan kelas yang dibuat untuk membantu komuniti, maka ia masih dijual pada harga yang terlalu murah.

Anda kelak boleh masukkan service seo dan email marketing kepada pelanggan yang bertanya tentang service membuat website dan kedai online. Ia dapat dijadikan nilai tambah kepada service anda dan berikan pulangan yang lebih tinggi.

Kelak pelanggan yang berpuas hati akan ambil lagi service anda kerana berbanding dengan pesaing anda yang hanya tahu buat website tetapi gagal untuk hadirkan pelanggan sekali dalam investment mereka membuat aset online.

Harga Kelas SEO Dan Email Marketing Hanya
RM390

Kelas WPWC Sahaja RM690

Kelas SEO Dan Email RM390

Namun Harga Ini Boleh Kawtim Lagi Kalau Sertai 2 Kelas

Harga diatas merupakan harga untuk sertai satu kelas sahaja. Akan tetapi jika anda bercadang ikuti 2 kelas pada sabtu dan ahad, kami murahkan lagi harganya seperti berikut:

  • Kelas WPWC RM690 menjadi RM570 – Penjimatan sebanyak RM120
  • Kelas SEO Dan Email RM390 menjadi RM290 – Penjimatan sebanyak RM100
  • Jumlah yang perlu dibayar untuk 2 kelas ini adalah RM860 sahaja.

Kelas WPWC Dan Kelas SEO Dan Email Marketing RM860 Sahaja

Hak Cipta Terpelihara WCB Premium.net | Azham Zanal Blog 2018